MANCHESTER UNITED

Gol Carrick selamatkan MU

LONDON:Carlos Tevez menyumbang gol penyamaan, manakala jaringan lewat Michael Carrick membuka ruang kepada Manchester United memburu kejuaraan liga apabila menewaskan Wigan Athletic 2-1, awal pagi tadi. United yang dikejutkan dengan jaringan tuan rumah menerusi penyerang, Hugo Rodallega pada minit ke-29 selepas berjaya mengelirukan pertahanan, Nemanja Vidic. Masuk separuh masa kedua, United terus menggandakan serangan tetapi seakan-akan mudah dikekang pertahanan Wigan. Bagaimanapun, kemasukan Tevez menggantikan Anderson pada minit ke-58 menjadikan rentak permainan terus agresif dan pada minit ke-62 muncul jaringan Tevez. Meskipun Tevez sebelum ini dilaporkan akan meninggalkan Old Trafford penghujung musim, kemasukannya nyata memberi nafas baru pada bahagian serangan. Jaringan Tevez muncul apabila beliau mendapat bola daripada Carrick yang meledak kencang sebelum Tevez menyilang kaki dan menguisnya masuk ke pintu gol.
"Dia adalah pemain kecil yang melakukan keajaiban. Dia tahu saya mahukan dia terus di United," kata pengurus Alex Ferguson. Gol kemenangan United menyusul apabila Carrick menyambar hantar John O'Shea pada minit ke-85 dengan rembatan kencang ke arah kanan pintu gol lawan. - Reuters

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Flickr Images